THE RED EXPLORER SOUTHERN TOUR 1.0 (2019)

THE RED EXPLORER SOUTHERN TOUR 1.0 (2019)

16 – 23 APRIL 2019

Sebagai tanda sokongan berterusan dan penghargaan kepada pelanggan GIVI, GIVI Malaysia meneruskan tradisi kempen servis jelajah seluruh negara. Bagi edisi Southern Tour 1.0 ini, beberapa pengedar terpilih di Johor telah disertakan, di samping penampilan di beberapa lokasi pilihan.

Pakar teknikal GIVI di lokasi telah menjalankan servis seperti penyelenggaraan top box, pemeriksaan rak dan bracket, serta pembaikan semula top box. Kempen seperti ini menjadi salah satu tonggak penting untuk pasukan kami berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelanggan. Kami berasa amat berbesar hati dengan sambutan yang begitu menggalakkan sepanjang kempen ini, dan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai tanda penghargaan, cenderahati serta hadiah kejutan turut diberikan kepada pelanggan yang hadir.

Kami berharap dapat bertemu anda semua dalam ‘The Red Explorer Northern Tour 2.0’ yang akan bermula pada 30 April hingga 5 Mei 2019. Tak sabar untuk berjumpa dengan para peminat setia kami di Utara tanah air.

Jumpa anda di sana!!

Butiran Hari Servis Southern Tour 1.0:

1) AG SUPERBIKE D'UTAMA – SELASA (16 APRIL)
2) GIVI POINT JOHOR – RABU (17 APRIL)
3) HONG CHEN – SIMPANG RENGGAM – JUMAAT (19 APRIL)
4) CHM MOTOR – MUTIARA EMAS – ISNIN (22HB APRIL)
5) TONG BAN SENG – SELASA (23 APRIL)