Menemui kedai ini amat mudah, hanya tunggang terus dari plaza tol Ayer Keroh. Terletak di Bukit Baru, kawasan sibuk di pinggir pusat bandar Melaka, berdiri sebuah bangunan biru yang menonjol dan mudah dikenali, lengkap dengan panel foto GIVI di bahagian sisi. Ruang parkir serta lantai pameran pula didominasi motosikal Suzuki dan Kawasaki. Selamat datang ke Zong Heng Motors Sdn. Bhd.
Lihat sahaja ke atas, anda akan nampak dinding GIVI. Ya, inilah tempat anda boleh mendapatkan produk GIVI terkini di Melaka. Malah, Zong Heng Motors merupakan GIVI Centre pertama di Malaysia, lebih awal daripada pembukaan GIVI Point yang pertama di Kuala Lumpur.
Kami juga berkesempatan bertemu dengan pemiliknya, Encik Kon Kok Pin, untuk berbicara mengenai kedai beliau.

Bicara Bersama
GIVI Asia (GV): Terima kasih kerana menerima kami hari ini, seperti selalu.
Kok Pin (KP): Sama-sama, memang seronok dapat menyambut anda.
GV: Bilakah Zong Heng Motors mula beroperasi?
KP: Kami bermula pada tahun 1979. Ia diasaskan oleh ayah saya, Kon Tien Shin.

GV: Apakah falsafah perniagaan teras Zong Heng Motors?
KP: Falsafahnya sentiasa mengenai kepuasan pelanggan secara menyeluruh. Kami menghargai hubungan kami dengan pelanggan. Anda boleh lihat pelanggan dari satu generasi ke generasi lain datang ke kedai kami.
GV: Apakah perkhidmatan yang anda sediakan?
KP: Kami sediakan semuanya: Jualan, alat ganti, servis, aksesori, pembaharuan cukai jalan dan insurans, tuntutan insurans... Kami pada dasarnya adalah pusat sehenti.

GV: Apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh kedai motosikal pada masa kini?
KP: Penjual dalam talian yang tidak beretika kerana menjual produk di bawah harga yang disyorkan. Manakala, produk tiruan kebanyakannya juga boleh didapati secara dalam talian. Bagi kami, pelanggan kami boleh membezakan perbezaannya (antara produk tulen dan palsu) terutamanya melalui harga.

GV: Apakah rancangan masa depan Zong Heng Motors?
KP: Kami akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami, dan mungkin akan memulakan kedai dalam talian.
GV: Apakah cabaran terbesar bagi industri motosikal Malaysia?
KP: Terlalu banyak jenama motosikal dan aksesori yang bersaing antara satu sama lain kerana dunia kini tanpa sempadan. Berbanding dengan negara lain, kita hanya melihat beberapa jenama menguasai pasaran. Masalahnya adalah pasaran Malaysia adalah jauh lebih kecil.

GV: Anda adalah GIVI Centre pertama di Malaysia?
KP: Betul, yang bermula pada tahun 2012. Anda boleh dapatkan hampir semua produk GIVI di sini.
GV: Apakah pendapat pelanggan anda tentang produk GIVI? Sila berterus terang.
KP: Pengguna cenderung berfikir bahawa GIVI seerti dengan kualiti dan keselamatan. Selain itu, produk-produknya boleh dipercayai.
Walau bagaimanapun, cabaran terbesar adalah beg-beg dari China yang boleh meniru 90% daripada apa-apa sahaja tetapi dijual pada harga yang melampau. Itu (harga yang tidak masuk akal) sudah mengatakan sesuatu tentang (kekurangan) kualiti mereka. Namun, mereka bergantung pada rak GIVI! Saya yakin GIVI boleh melakukan sesuatu untuk menanganinya.

Kesimpulan
Adakah anda tinggal di Melaka atau kawasan sekitarnya? ATau mungkin sedang menungang ke Melaka? Singgahlah ke Zong Heng Motors Sdn. Bhd. untuk memenuhi segala keperluan motosikal anda.
ZONG HENG MOTORS SDN. BHD.
No. 6089-C, Jalan Bukit Baru
75150 Melaka
Tel: 016-665 9628