5 Sebab Menggunakan Top Case

5 Reasons to Use a Top Case

Tiada alasan untuk tidak menggunakannya

Memasang top case sebenarnya memberi lebih banyak kelebihan daripada yang anda sangka. Dari segi kemudahan, keselesaan hinggalah kepada aspek keselamatan.

Sebab utama sudah tentu faktor kemudahan, tetapi kemudahan itu sendiri boleh dipecahkan kepada pelbagai situasi. Di sini, kami senaraikan 5 sebab kenapa anda patut mempertimbangkan untuk pasang top box.

  1. Lebih banyak ruang simpanan

Ini adalah sebab utama. Kerap basah akibat hujan kerana tiada ruang untuk baju hujan? Perlu memegang topi keledar anda selepas anda meletakkan motosikal anda? Perlukan ruang untuk beberapa alatan tambahan?

Dengan top case, semua masalah ini selesai. GIVI menawarkan pelbagai pilihan top case dengan reka bentuk dan kapasiti yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda.

  1. Simpan barang dengan selamat

Ketika membawa barangan di atas motosikal, anda perlukan ketenangan fikiran. Ini bukan sekadar soal kecurian, tetapi juga risiko barang tercicir sepanjang perjalanan. Kebanyakan motosikal (selain skuter) hanya mempunyai ruang kecil sekadar untuk pouch alatan atau sehelai kain, tidak lebih. Membawa semuanya dalam beg galas pula hanya menambah beban di bahu.

Kotak GIVI dilengkapi dengan kunci yang sukar diganggu, kecuali dengan kekerasan atau mengambil masa yang lama untuk dibuka. Pencuri biasanya mencari peluang mudah, jadi jika sesuatu itu memakan masa atau menarik perhatian orang lain, mereka akan cepat berundur.

Selain itu, kotak GIVI direka sangat kukuh sehingga jarang sekali terbuka atau menumpahkan isi walaupun dalam insiden kemalangan. Kami sendiri menyaksikan bukti ini dalam beberapa siri GIVI Adventure Rides.

  1. tahan cuaca

Kotak keras GIVI direka kalís cuaca, bermakna debu dan air tidak dapat masuk. Jadi, anda boleh simpan semua barang penting dengan yakin walaupun ketika hujan lebat. Tenang fikiran? Sudah tentu!

  1. Tidak perlu membawa beg galas

Sebaik sahaja anda biasa dengan top case, anda akan sedar betapa tidak selesanya membawa beg galas. Lebih-lebih lagi jika perjalanan jauh, beg yang berat hanya akan melelahkan. Selain itu, beg galas juga menyekat pergerakan badan, sedangkan kebebasan bergerak sangat penting untuk kawalan motosikal.

  1. Keselamatan diri

Keselamatan di sini juga merujuk kepada melindungi tubuh anda jika berlaku kemalangan. Beg galas yang berat akan menambah beban dan boleh membahayakan ketika terjatuh. Dengan menyimpan semua barang dalam kotak GIVI, anda terasing daripada beban itu, dan jugak lebih selamat untuk diri anda.

Mengapa GIVI Top Cases?

Top case GIVI direka dengan mengutamakan kemudahan serta keselamatan penunggang.
Selain itu, GIVI mempunyai sejarah panjang dalam menghasilkan kotak berkualiti tinggi yang tahan lasak dan boleh dipercayai untuk bertahun-tahun. Setiap bahagian juga boleh diservis, menjadikannya satu pelaburan yang sangat berbaloi.

Kami faham ada yang bimbang top case akan merosakkan reka-bentuk motosikal dan sebab itulah GIVI menawarkan pelbagai rekaan untuk dipadankan dengan gaya anda.

Satu lagi keraguan yang sering didengar adalah tentang aerodinamik motosikal. Hakikatnya, dengan penunggang duduk di hadapan kotak, hampir tiada perbezaan ketara. Tambahan pula, setiap kotak polimer GIVI direka dengan bentuk aerodinamik di bahagian sisi dan belakang. Sebab itu juga tiada pelanggan kami pernah mengadu tentang kestabilan motosikal atau penggunaan minyak yang meningkat.

Sila layari GIVI Point, GIVI Specialized atau sah peniaga GIVI terdekat anda untuk melihat produk. Anda boleh klik pada pautan ini untuk mencari lokasi mereka . Sebaliknya, anda juga boleh melawat halaman Facebook rasmi kami atau klik pada pautan ini dalam laman web kami untuk maklumat lanjut untuk berita terkini, kejadian dan produk lain.

BERBALOI BELI YANG TULEN