BEG TANGKI GIVI EA106B EASY-T

GIVI EA106B EASY-T TANK BAG

Kepentingan beg tangki tidak boleh dipandang ringan. Kemudahan dan aspek keselamatan yang ditawarkan menjadikan tank bag sebagai antara aksesori motosikal yang tidak boleh diketepikan. Berbanding jenis bagasi lain, tank bag menyimpan barangan anda dalam jarak mudah capai dan sentiasa dalam pandangan mata.

Atas sebab itu, GIVI menghasilkan pelbagai jenis tank bag yang memenuhi keperluan simpanan setiap penunggang.

CIRI-CIRI:

  • kapasiti tampung 6 liter.
  • 2 magnet yang kuat untuk meletakkan beg tangki pada tangki bahan api.
  • Sarung hujan disertakan.
  • Tali bahu disertakan untuk mudah dibawa.
  • Pemegang tangan untuk memudahkan membawa motosikal.
  • Pemegang telefon pintar dan bahagian atas yang jelas.
  • Panel reflektif untuk keselamatan tambahan.
  • Poket dalam untuk barangan kecil.
  • Sokongan GIVI T460B Tank Fitting System untuk kedudukan lebih stabil pada tangki
  • Boleh dipasang GIVI S111 Power Hub Kit bagi menerima kuasa daripada GIVI S110 12V Handlebar Electrical Outlet untuk mengecas peranti

PENGALAMAN PENGGUNAAN:

GIVI EA106B Easy-T ialah pilihan tepat untuk penunggang yang mencari tank bag bersaiz kompak tetapi sarat dengan fungsi.

Ruang poket luar dilengkapi dengan key ring, jadi anda tidak perlu tercari-cari kunci. Saiz poketnya juga cukup besar untuk memuatkan power bank bersaiz besar atau barangan lain yang seumpamanya.

Kompartmen utama di tengah boleh memuatkan dompet, purse kecil, atau jaket hujan GIVI yang digulung. Di bahagian atas, terdapat ruang lutsinar khas untuk telefon pintar yang sesuai digunakan bersama aplikasi navigasi. Dengan pemasangan GIVI S111 Power Hub Kit, anda juga boleh mengecas peranti semasa menunggang.

Magnet tank bag GIVI terkenal dengan kekuatannya, namun untuk motosikal dengan tangki bukan magnetik, GIVI T460B Tank Fitting System boleh dipasang pada EA106B. Apa pun, beg ini mudah ditanggalkan dengan pantas bila anda perlu mengisi minyak.

Sila layari GIVI Point, GIVI Specialized atau sah peniaga GIVI terdekat anda untuk melihat produk. Anda boleh klik pada pautan ini untuk mencari lokasi mereka . Sebaliknya, anda juga boleh melawat halaman Facebook rasmi kami atau klik pada pautan ini dalam laman web kami untuk maklumat lanjut untuk berita terkini, kejadian dan produk lain.

BERBALOI BELI YANG TULEN