BEG SILINDER KALIS AIR GIVI EA114FL

GIVI EA114FL WATERPROOF CYLINDER BAG

  • Bagasi kalis air adalah amat penting di Malaysia.
  • Iklim kita menjanjikan hujan pada bila-bila masa tanpa amaran.
  • Item yang sesuai dengan cuaca kita ialah GIVI EA114FL Waterproof Cylinder Bag.

GIVI EA114FL Waterproof Cylinder Bag, beg kalis air terkini dari GIVI, peneraju global dalam gear menunggang kalis air.

CIRI-CIRI:

  • Kapasiti 29 liter.
  • Penutup jenis roll-down untuk memastikan kalis air sepenuhnya
  • Material yang kuat dan tahan lasak.
  • kalis air bertaraf IPX5.
  • Tali pembawa atas.
  • Tali bahu.
  • 4 lubang pelekap.
  • 2 tali elastik untuk pemasangan universal.
  • Warna kuning pendarfluor untuk keterlihatan tinggi.

PENGALAMAN PENGGUNAAN:

Beg silinder dengan penutup roll-top ini telah terbukti menjadi antara pilihan paling popular dalam rangkaian produk kami. Oleh itu, langkah seterusnya adalah mempertingkatkan lagi keistimewaannya maka lahirlah GIVI EA114FL Waterproof Cylinder Bag.

Titik pemasangan yang direka khas membolehkan beg ini diikat sama ada searah atau melintang di atas tempat duduk motosikal. Dengan penggunaan eyelets, tali pengikat tidak akan menekan terus ke atas beg dan merosakkan barangan di dalamnya.

Tambahan pula, terdapat pemegang ekstra di bahagian atas yang memudahkan penunggang membawa beg tanpa perlu menggunakan sistem roll-top. Manakala, tali bahu yang disediakan memberi kemudahan untuk dibawa ke mana-mana.

Dan paling penting, warna kuning pendarfluor pada beg ini amat menyerlah, terutama ketika hujan lebat, sekaligus memberikan tahap keterlihatan tambahan kepada penunggang ketika menggalas beg. Rekaan grafik baharu pula menjadikan tampilannya lebih moden dan menarik.

Sila kunjungi GIVI Point, GIVI Specialised atau pengedar sah GIVI yang berdekatan untuk melihat sendiri produk ini. Anda juga boleh klik pautan di laman rasmi Facebook kami atau layari laman web GIVI untuk maklumat terkini tentang berita, acara dan produk lain.

BERBALOI MEMILIH PRODUK TULEN GIVI