GIVI GRT714 GRAVEL-T WATERPROOF CARGO BAG

GIVI GRT714 GRAVEL-T WATERPROOF CARGO BAG

Beg kalis air berkapasiti besar dengan kemudahan untuk dibawa

Memang banyak pilihan beg gaya duffel atau berbentuk silinder di pasaran, namun GIVI GRT714 hadir dengan keistimewaan tersendiri selain menawarkan kemudahan yang diperlukan oleh penunggang.

Ciri-ciri:

  • kapasiti 20 liter.
  • TPU Nylon 840D dengan salutan berganda
  • Bahan ini juga diuji UV.
  • Inner kuning.
  • Tahan luka dan koyak.
  • Disambung menggunakan teknik kimpalan tanpa jahitan, menjamin kalis air sepenuhnya.
  • Injap pelepas udara sehala.
  • Cetakan reflektif meningkatkan keterlihatan.
  • Tali elastik dengan cangkuk plastik untuk dipasang pada motosikal.
  • Tali boleh laras dan empuk untuk dibawa di bahu.
  • Pemegang hadapan dengan sisipan getah.

Pengalaman penggunaan:

GIVI GRT714 hadir sebagai hasil pengalaman dan usaha penyelidikan serta pembangunan berterusan GIVI dalam penghasilan beg silinder kalis air. Maka itu, ia tampil dengan tahap kalis air yang lebih baik dan ketahanan yang lebih kukuh.

Injap pelepas udara yang disediakan membolehkan penunggang menekan beg untuk mengeluarkan udara dari bahagian dalam, sekaligus mengurangkan saiz beg agar lebih mudah disimpan, dipasang, atau dibawa. Injap ini berfungsi sehala demi membenarkan udara keluar tanpa membiarkan habuk, air, atau kelembapan masuk.

Bahan Nylon TPU yang digunakan telah melalui ujian UV untuk memastikan ketahanan apabila terdedah di bawah cahaya matahari, menjadikannya tidak mudah rapuh. Struktur tanpa jahitan (seamless) pula bermaksud tiada titik lemah yang boleh menyebabkan kebocoran air. Kaedah kimpalan tanpa jahitan ini adalah salah satu teknik kepakaran GIVI bagi memastikan perlindungan maksimum daripada kemasukan air.

Tambahan pula, adanya tali bahu beralas lembut serta pemegang bergetah menjadikan beg ini lebih mudah dan selesa untuk dibawa oleh penunggang.

Sila kunjungi GIVI Point, GIVI Specialised atau pengedar sah GIVI berhampiran anda untuk melihat produk ini. Anda juga boleh klik pada pautan di laman web rasmi kami atau melalui halaman Facebook rasmi GIVI bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk, berita terkini dan aktiviti lain.

BIJAK MEMILIH, PILIH PRODUK TULEN GIVI.