
Topi Keledar Terbaik untuk Penunggang Bandar
GIVI M10.1 Acqua Demi Jet adalah pilihan tepat untuk penunggang bandar yang mahukan helmet ringkas, ringan, tetapi sarat dengan ciri praktikal.
Ciri-Ciri Utama:
- Cengkerang berkualiti tinggi dari polikarbonat tahan lasak.
- Sunvisor dalaman boleh tarik turun.
- Berat hanya 1050 g.
- Fabrik padding antibakteria & anti-bau
- Padding dalaman boleh ditanggalkan untuk dicuci
- Micrometric fastener untuk ikatan yang lebi tepat & selesa
- Saiz tersedia dari S hingga XL
- 4 pilihan warna menarik : Graphic Lava Black, Graphic Lava Cream White, Soda Metallic Black, Soda Metallic Fuscia
Pengalaman penggunaan:
Topi keledar GIVI M10.1 Acqua Demi Jet dibangunkan dengan menitikberatkan penunggang bandar, khususnya mereka yang menunggang moped dan skuter. Reka bentuk helmet ini melengkapkan gaya hidup penunggang tersebut dan memenuhi keinginan mereka terhadap sebuah helmet yang ringan serta selesa untuk jalan raya bandar yang sesak.
Namun, GIVI M10.1 Acqua bukanlah helmet tanpa ciri walaupun pada harga yang berpatutan.
Sunvisor dalaman yang boleh diturunkan memberikan perlindungan kepada pemakai daripada cuaca dan juga pancaran cahaya matahari yang terik. Paddingnya lembut dan menyesuaikan diri dengan bentuk wajah pemakai hampir serta-merta tanpa memerlukan masa yang panjang untuk serasi. Padding ini juga boleh ditanggalkan untuk dicuci.
Akhir sekali, sistem pengikat dagu micrometric memberikan kemudahan untuk pemakaian serta pelepasan dengan cepat dan mudah.
Sila kunjungi GIVI Point, GIVI Specialised atau pengedar sah GIVI berdekatan anda untuk melihat produk ini. Anda juga boleh klik pada pautan ini untuk mengetahui lokasi mereka. Sebaliknya, anda juga boleh melawat laman Facebook rasmi kami atau klik pada pautan laman web kami untuk maklumat terkini, aktiviti dan produk lain.
BERBALOI MEMILIH PRODUK ASLI GIVI