KIT MEMBAIKI TAYAR GIVI S450 TIUB

GIVI S450 TUBELESS TYRE REPAIR KIT

  • Kit Pembaikan Tayar Tanpa Tube GIVI S450 adalah semua yang anda perlukan untuk membaiki tayar pancit.
  • Ia termasuk semua item yang diperlukan untuk pembaikan cepat di tepi jalan.
  • Namun kit itu cukup muat di bahagian bawah tempat duduk mana-mana motosikal.

Benar, kes tayar pancit atau bocor jarang berlaku pada masa kini. Namun, itu bukan alasan untuk tidak bersedia. Dan di sinilah penyelesaian terbaik untuk anda: Memperkenalkan GIVI S450 Tubeless Tyre Repair Kit.

Tahukah anda, kebocoran perlahan boleh menyebabkan penggunaan minyak meningkat, haus tayar tidak sekata, dan prestasi tunggangan menjadi kurang stabil? Lebih teruk lagi, jika tayar bocor teruk – ia boleh merosakkan tayar sepenuhnya dan mengakibatkan kehilangan kawalan. Jelas sekali, kedua-dua keadaan ini tidak ideal!

Jadi, apa yang boleh dilakukan sekiranya anda terkena tayar pancit?
Jika bernasib baik, mungkin berhampiran stesen minyak – anda boleh hubungi mekanik atau perkhidmatan tunda motosikal. Tetapi, harus diingat, kedua-duanya boleh menelan kos yang tinggi.

Bayangkan pula jika anda menunggang di laluan off-road, menjelajah di lebuh raya yang panjang, atau touring ke kawasan pedalaman di mana kemudahan servis sangat terhad — malah mungkin anda tidak fasih dengan bahasa tempatan?

Percayalah, kami sendiri pernah hadapi cabaran sebegini sepanjang pengalaman touring kami.

Sebab itulah kami sarankan setiap penunggang sentiasa bawa bersama GIVI S450 Tubeless Tyre Repair Kit. Anggaplah ia seperti kit pertolongan cemas untuk motosikal anda.

Termasuk dalam kit ialah:

  • 1 x Sambung lengkap dengan injap;
  • 1 x tiub fleksibel;
  • 1 x Pemotong;
  • 5 x Jalur pengedap (“cacing” dalam bahasa tempatan Malaysia);
  • 1 x Alat memasukkan palam;
  • 1 x Alat penghalaan lubang;
  • 1 x Tiub pelekat (gam);
  • 3 x CO2 kanister (tidak perlu pam udara).
  • Kit ini berukuran 19 cm x 11 cm x 4cm, yang bermaksud ia padat untuk dibawa dengan mudah.

NOTA: Kaedah membaiki tayar ini hanyalah untuk kecemasan sementara dan bukan penyelesaian jangka panjang. Kami menasihatkan anda untuk segera ke bengkel selepas melakukan pembaikan.

Untuk melihat produk ini dengan lebih dekat, sila kunjungi GIVI Point, GIVI Specialised atau pengedar sah GIVI berhampiran anda. Klik pautan ini untuk mencari lokasi mereka. Sebagai alternatif, anda juga boleh layari laman Facebook rasmi GIVI atau laman web kami untuk maklumat terkini mengenai produk, berita, dan aktiviti GIVI.

BELILAH PRODUK GIVI TULEN — KERANA YANG ASLI SENTIASA BERBALOI!