
-
GIVI WL901 Weightless ialah jawapan kepada penunggang yang mahukan bagasi boleh dikembangkan.
-
Kapasitinya boleh ditingkatkan daripada 29 liter ke 34 liter
-
Kalis air dan disertakan dengan beg dalaman.
Kami faham ada penunggang yang lebih gemar beg lembut kerana saiznya yang kompak dan fleksibiliti untuk dikembangkan apabila perlu membawa lebih banyak barangan. Pada masa sama, ada juga yang lebih memilih kotak keras kerana faktor keselamatan. Atas sebab itulah kami mencipta WL901 Weightless semi-rigid Monokey top case.
CIRI-CIRI:
- Kapasiti simpanan 29 liter, boleh dikembangkan kepada 34 liter.
- Beban maksimum sehingga 5 kg
- Cengkerang ABS dengan tekstur diamond tip
- Kalis air IPX5 + beg dalaman boleh tanggal
- Kunci zip terbina dalam + pilihan kunci kombinasi tambahan
- Poket mesh dalaman untuk barangan kecil
- Tali elastik dalaman untuk helmet atau barangan besar
- Reka bentuk kompak dan praktikal
PENGALAMAN PENGGUNAAN:
GIVI WL901 Weightless Top Case adalah contoh terbaik kepakaran dan pengalaman GIVI dalam memenuhi kehendak serta keperluan penunggang. Ia menggabungkan ciri terbaik kotak keras dengan beg lembut, memberikan lebih fleksibiliti dari segi saiz dan kegunaan.
Cengkerangnya cukup kuat untuk menahan pelbagai insiden, namun cukup lembut untuk menyerap hentakan. Begitu juga dengan zip dan penutupnya yang tahan koyakan.
Sebagai jenama Itali, GIVI cukup arif tentang gaya, dan WL901 adalah antara top case paling bergaya di pasaran. Rekabentuknya sesuai dipadankan dengan motosikal moden, termasuk modern classics. Ia juga sangat aerodinamik untuk penunggang yang gemar menunggang pada kelajuan tinggi.
Bahagian dalaman direka dengan teliti, dimana poket mesh kecil membolehkan anda menyimpan barangan ringkas seperti lampu suluh, kit kecemasan, kit tampalan tayar, dompet atau powerbank. Ruang yang lebih besar pula menempatkan beg kalis air yang boleh memuatkan set pakaian hujan GIVI serta pakaian lain.
Sila layari GIVI Point, GIVI Specialized atau sah peniaga GIVI terdekat anda untuk melihat produk. Anda boleh klik pada pautan ini untuk mencari lokasi mereka . Sebaliknya, anda juga boleh melawat halaman Facebook rasmi kami atau klik pada pautan ini dalam laman web kami untuk maklumat lanjut untuk berita terkini, kejadian dan produk lain.
BERBALOI BELI YANG TULEN