KENAPA MENUNGGANG ADALAH PERCUBAAN TERBAIK

WHY RIDING IS THE BEST GETAWAY

Kita semua pasti pernah menunggang motosikal ke beberapa destinasi luar bandar untuk bercuti.

Kami tahu: Tetapkan tarikh, tempah hotel atau menginap di desa sebelum perjalanan (atau sebaliknya cari tarikh apabila anda tiba di sana), dan terokai persekitaran. Tetapi tinggal di penginapan yang disediakan boleh dianggap mainstream, bukan? Ia benar-benar menjadi membosankan selepas beberapa ketika.

Itulah sebabnya anda harus mencuba menunggang dan berkhemah.

  1. Kebebasan

Aspek yang paling menjengkelkan tentang tinggal di hotel atau homestay ialah masa daftar masuk dan daftar keluar. Anda tidak dibenarkan masuk sebelum waktu tertentu, dan perlu keluarkan semua barang serta diri anda sendiri sebelum jam 12 tengah hari. Akibatnya, jadual anda perlu dirancang betul-betul atau terpaksa menunggang sambil membawa semua bagasi.

Sebaliknya, dengan khemah anda boleh mendirikan dan menanggalkannya bila-bila masa yang anda mahu, lebih-lebih lagi jika berada di hutan atau pantai terpencil. Tapak perkhemahan komersial mungkin ada peraturan, tetapi tetap jauh lebih fleksibel.

  1. Menjadi satu dengan alam semula jadi

 

Perkara yang terbaik. Anda boleh mendongak pada waktu malam dan melihat Bima Sakti jika anda jauh dari kawasan bandar, anda akan dianggap bertuah jika dapat melihat segelintir bintang apabila berada dia kota. Udara segar, anda pula terjaga dengan alunan bunyi alam semula jadi. Atau mungkin anda mahu mencuba memancing. Mandi di sungai. Membaca buku. Malah, memasak makanan anda sendiri.

  1. Mencari tempat yang damai

Inilah peluang anda untuk lari dari kesesakan orang ramai. Ketika semua orang berpusu-pusu ke air terjun atau pantai sehingga meninggalkan sampah merata-rata, anda pula tenang berkhemah di tepi sungai jernih. Jika anda mahu sedikit kemudahan demi keselamatan, terdapat banyak tapak perkhemahan di seluruh negara yang mengehadkan bilangan pengunjung.

 

  1. Gajet terkutuklah

Adakah anda atau ahli keluarga dan rakan-rakan sudah mula menjadi “zombi gajet”? Di zaman ini, kita semakin renggang walaupun tinggal sebumbung. Sudah tiba masanya untuk berkhemah. Dirikan khemah, masak, bersembang, bercerita, bermain di sungai — hubungan akan kembali segar, berkembang dan semakin erat.

  1. Pengembaraan

Motosikal boleh pergi ke hampir semua tempat berbanding kenderaan empat roda, dan inilah yang memberi kita peluang untuk meneroka lokasi luar biasa. Anda boleh meredah lebih jauh ke dalam hutan belantara, bergantung pada semangat dan keberanian anda. Siapa tahu, mungkin anda akan menemui sebuah tasik indah, teluk tersembunyi, atau laluan yang membawa anda ke sebuah pekan kecil dengan makanan terbaik yang pernah anda rasa.

Namun, jika anda tidak mahu mengambil risiko keselamatan atau membawa keluarga bersama, anda boleh cuba lokasi seperti Rimba Valley Motor Campsite. Di sini, terdapat aktiviti lasak seperti tunggangan ATV dan mendaki hutan, selain pelbagai pengalaman menarik lain.

Kredit Foto : Bert Boute